Kongsi
CIMB

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Bhd. mengumumkan cuti ihsan bergaji (paid paternity leave) pada bapa dinaikkan daripada tiga hari kepada sebulan kepada bapa yang menerima cahayamata pertama berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pegawai Rakyat Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata, peningkatan manfaat kepada bapa itu membolehkan kekitangan untuk memberi lebih banyak sokongan kepada keluarga serta mengukuhkan ikatan dengan anak yang baharu lahir.

“Pengalaman menerima bayi pertama di dalam keluarga adalah sangat menggembirakan tetapi juga meletihkan terutama kepada pasangan ibu bapa yang baharu.

“Ini merupakan inisiatif yang menunjukkan CIMB menghargai pekerja dengan memastikan mereka disokong untuk mencapai keseimbangan di antara kehidupan dan kerjaya.

“Ini juga mencerminkan kesungguhan kami mengamalkan amalan terbaik global di dalam pengurusan sumber manusia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Polisi baharu ini melengkapi Program Rejuvenasi Kakitangan sedia ada yang mana membenarkan pekerja untuk mengambil cuti tanpa gaji sehingga enam bulan untuk tujuan peribadi termasuk cuti bersalin atau ihsan kepada bapa dan dalam masa sama masih mengekalkan kedudukan sedia ada serta senioriti di bank.- MalaysiaGazette

 

 

Kongsi

Tinggalkan Jawapan