Home Ekonomi Affin Hwang AM umum agihan 4 dana PRS

Affin Hwang AM umum agihan 4 dana PRS

KUALA LUMPUR – Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM) mengumumkan agihan pendapatan kali keenam dana persaraaan swasta yang melibatkan enam tabungan.

Tabung-tabung yang dilancarkan sejak tahun 2012 adalah Affin Hwang PRS Growth Fund, Affin Hwang PRS Moderate Fund, Affin Hwang PRS Conservative Fund dan Affin Hwang Aiiman PRS Shariah Growth Fund.

Bagi tiga dana teras iaitu Affin Hwang PRS Growth Fund, Affin Hwang PRS Moderate Fund dan Affin Hwang PRS Conservative Fund adalah sebanyak 1.0000 sen atau RM0.01 sen seunit setiap satu dengan pulangan tahunan sejak dilancar masing-masing adalah 7.9 peratus, 7.2 peratus dan 4.0 peratus.

Manakala agihan pendapatan bagi dana bukan teras iaitu Affin Hwang Aliman PRS Shariah Growth Fund pula ialah 1.0000 sen atau RM0.01 sen seunit dengan pulangan tahunan sejak 2012 adalah 7.3 peratus. – MalaysiaGazette