Julia Bachok dan Saleem.

KUALA LUMPUR – Mula-mula datang ke syarikat rakaman, lepas itu mengamuk.

Tidak cukup lagi, menghembur kata-kata berbau ugutan pula dan ketika itu, macam orang hilang akal pun ada.

Namun mungkin sudah kembali normal dan mampu berfikir secara logik, isteri penyanyi Saleem, Julia Bachok tampil menjernihkan keadaan.

Dia memohon maaf atas tindakan keterlaluan dirinya sebelum ini terhadap anak tirinya yang juga penyanyi baharu, Syafik Farhain.

Jelas Julia, dia tidak dapat mengawal emosi dan sedikit tertekan selepas pelbagai masalah yang dihadapi.

Dia juga sedar tindakannya itu teah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

“Saya sekali lagi memohon maaf dan sangat menyesal dengan kata-kata yang dilemparkannya tempoh hari,” katanya dalam satu rakaman video.

Saleem pula apabila ditanya mengenai hubungan dengan anak, Saleem berkata, dia tetap sayangkan anak tetapi di dalam industri hiburan hendaklah berdiri atas kaki sendiri.

Turut kelihatan adalah Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandes sebagai orang tengah dalam hal ini.

Baru-baru ini satu kontroversi tercetus apabila Saleem didakwa mahu menyaman syarikat rakaman Syafiq kerana menggunakan namanya untuk tujuan promosi.

Namun yang mengeruhkan keadaan apabila Saleem dan Julia mengamuk menyerang syarikat rakaman tersebut. – MalaysiaGazette