Lelaki yang bekerja sebagai pembancuh air yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas lima tuduhan menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang wanita di Mahkamah Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang bekerja di sebuah makanan di Pontian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang wanita tiga tahun lalu.

Nadzri Md. Noh, 37, didakwa melakukan perbuatan tersebut menerusi perkhidmatan aplikasi Whatsapp antara 29 Disember 2014 kira-kira 1.05 petang hingga 31 Disember 2014 kira-kira 1.49 pagi.

Lelaki itu didakwa dengan secara sedar memuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya termasuk gambar alat kemaluannya menggunakan aplikasi itu melalui talian 012-7617918 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang kemudian dibaca pengadu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembancuh air itu bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Kamarudin kemudiannya menetapkan 13 September ini sebagai sebutan semula kes tersebut dan membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 yang ditawarkan Pengarah Jabatan Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd. Sophian Zakaria. – MalaysiaGazette.