Home Nasional SPRM cari 5 warga Myanmar

SPRM cari 5 warga Myanmar

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kini sedang mengesan lima warga Myanmar bagi membantu perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah.

Kelima-lima lelaki tersebut ialah Shah Alam Jabbar Ali yang memiliki pasport bernombor 512-05C00136 1/5 (UNHCR), Md. Sharif (0867717612455136 – Slip Pendaftaran PATI), Rashid Abdul Shukor (tiada nombor pasport), Abdul Shukor Shobiran (tiada nombor pasport) dan Dilop Nazidu Husin (tiada nombor pasport).

Kesemua mereka yang sebelum ini bekerja mengambil upah menanam pokok getah mempunyai alamat terakhir di Rumah Kongsi Balak, Bukit Kachi, Changloon, Kedah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui lokasi individu terbabit diminta agar menghubungi pegawai penyiasat Vitwat Eh Chan di talian 013-9177472 atau 04-7001880. – MalaysiaGazette