Nazir Hussin Akhtar Hussin chicken export ban
Nazir Hussin Akhtar Hussin

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa melancarkan tabung bagi membantu membaik pulih semula Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang terbakar dan mengorbankan 25 pelajar termasuk dua guru awal pagi tadi.

Selain itu, pergerakan itu juga akan memberikan bantuan awal bagi meringankan beban pihak pengurusan pusat tahfiz berkenaan.

Menurut ketuanya, Nazir Hussin Akhtar Hussin, sumbangan itu boleh disalurkan melalui akaun Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa: 054025403840.

Mengulas mengenai kejadian itu, beliau berkata, Pemuda UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan berdoa agar mangsa yang terkorban ditempatkan bersama golongan syuhada.

“Kejadian yang kebakaran di Jalan Keramat itu bukan sahaja mengejutkan, malah amat menyedihkan.

“Ini kerana kebakaran yang berpunca dari tingkat atas bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu telah mengorbankan seramai 25 pelajar termasuk dua guru,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan itu bagi membantu pusat tahfiz berkenaan beroperasi semula bagi kelangsungan pendidikan agama dalam melahirkan pelajar tahfiz. – MalaysiaGazette