Pm Najib Tun Razak menzahirka takziah kepada ahli keluarga mangsa rentung dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terkejut dengan berita kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittaifaqiyah di Jalan Keramat pagi ini.

Beliau yang kini berada dalam lawatan ke Washington, Amerika Syarikat dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald Trump berkongsi kesedihannya di akaun Twitter peribadi beliau.

“Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittkifaqiyah terbakar dan mengirbankan lebih 20 nyawa.

“Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya dalam twitter beliau.

Beliau dijangka akan menamatkan lawatan beliau ke Washington dan pulang ke negara pada Sabtu ini. – MalaysiaGazette.