Najib Razak
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelbagai cadangan dan inisiatif telah dibincangkan dalam proses penyediaan Bajet 2018 yang holistik bersama Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia, hari ini.

Perdana Menteri berkata cadangan itu termasuk berkaitan pekerjaan, perumahan, pengurusan fiskal negara dan strategi untuk menarik pelaburan asing berkualiti tinggi.

“Bersama Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia hari ini untuk taklimat mengenai perkembangan ekonomi dan outlook 2018.

“Taklimat kali ini lebih meluas dan menyentuh pelbagai perkara termasuk penyediaan #Bajet2018,? kata Najib menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau, malam ini.

Sebanyak 13,837 idea dan cadangan dalam talian telah diterima sepanjang kempen sumber khalayak Bajet 2018 di laman bajet2018.najibrazak.com yang dijalankan selama 15 hari, bermula 4 hingga 18 Sept lepas.

Bajet 2018 dijangka dibentangkan Najib dalam Persidangan Dewan Rakyat akan datang pada 27 Okt depan.- BERNAMA