Jurgen Klopp.

LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mencetuskan kebimbangan dimasukkan ke hospital disini petang semalam.

Europsort melaporkan, pengurus yang berasal dari Jerman itu pada mulanya mengadu tidak sihat dan terpaksa meninggalkan sesi latihan.

Dia sudah diperiksa oleh doktor dan dijangka akan pulang ke rumah pada hari ini

Pasukan Liverpool pula kembali ke Melwood selepas selesai tugasan berlatih di luar negara.

“Ketika ini, Klopp tidak akan ditahan di hospital namun dia memerlukan pemeriksaan semula untuk beberapa hari lagi.

“Jurgen perlu diberi ruang untuk berehat dan dia ditemani keluarganya di hospital,” menurut kenyataan rasmi daripada Liverpool itu.

Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Southampton dalam Liga Perdana pada Ahad ini. – MalaysiaGazette