KUALA LUMPUR- Pelakon Izara Aishah, 25, sah menjadi isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan bapa saudara Izara iaitu Mohd. Rosli dengan disaksikan oleh Ustaz Mohd. Jazlan Ali yang turut disaksikan lebih 500 tetamu dalam kalangan keluarga, rakan artis dan peminat.

Pada majlis yang diadakan di sebuah lokasi perkahwinan di Damansara itu, Izara menerima mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Wang hantaran pula dirahsiakan. Sementara itu, Izara membalas dengan tujuh dulang.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.

Antara rakan artis yang hadir seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.-MalaysiaGazette