Home Nasional Pengamal media Sabah, Sarawak dipelawa sertai HKM

Pengamal media Sabah, Sarawak dipelawa sertai HKM

KUALA LUMPUR – Malaysian Press Institute (MPI) mempelawa para wartawan Sarawak dan Sabah untuk menyertai Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI PETRONAS 2017 yang penyertaannya kini dibuka.

Pengurus Kanan MPI, Norlida Jamain berkata, pengamal media Sarawak dan Sabah diminta menyertai HKM dibuat kerana pihak MPI mahu melihat penyertaan lebih tinggi daripada kedua-dua negeri itu.

“HKM adalah sebuah anugerah nasional, justeru MPI tidak mahu penyertaan hanya didominasi oleh para wartawan yang berkhidmat di Semenanjung seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Sehubungan itu, media Sarawak dan Sabah akan menyahut pelawaan tersebut dan menyertai 20 kategori yang  ipertandingkan sebelum tarikh tutup HKM pada 16 Januari 2018.

Secara keseluruhannya, HKM yang diinstitusikan pada 1980 untuk mengiktiraf karya-karya terbaik kewartawanan Malaysia, menawarkan hadiah bernilai RM300,000 tajaan Petronas.

Pengamal media Sarawak dan Sabah yang berminat untuk menyertai HKM bolehlah layari laman web MPi www.mpi.my untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette