LONDON – Nestle bersetuju untuk menjual unit perniagaan manisannya di Amerika Syarikat kepada Ferrero pada harga AS$2.8 bilion.

Kumpulan yang berpangkalan di Switzerland itu adalah syarikat pembungkusan makanan terbesar di dunia, memaklumkan kedudukan lemah anak syarikat tersebut menyebabkan Hershey, Mars Inc dan Lindt, rasional untuk dijual.

Bagi Ferrero pula, urus niaga tunai itu menawarkan peluangĀ  untuk membina skala di pasaran utama itu, yang mana ia telah melaksanakan dua tawaran lain pada tahun lalu.

Pengeluar Nutella dan Ferrero Rocher itu bakal menjadi syarikat coklat ketiga terbesar di Amerika Syarikat dan global, menurut Euromonitor International.

Bagi Nestle, yang pertama kali menjual coklat susu pada tahun 1880an, menyaksikan peralihan pengguna dari makanan ringan dan makanan manis kepada “nutrisi, kesihatan dan kesejahteraan”, walaupun ia mengatakan syarikat berkenaan komited dalam perniagaan bukan manisan.

Bagaimanapun, bank dan penganalisis membuat spekulasi bahawa ia boleh melupuskan jenama lain yang lemah atau meninggalkan perniagaan gula-gula sama sekali dengan membentuk usaha sama seperti yang dilakukan baru-baru ini melalui ais krim.

Hershey, yang memiliki jenama KitKat Nestle di Amerika Syarikat, akan menjadi rakan kongsi yang jelas, kata seorang pegawai bank. – MalaysiaGazette