Home Dunia 4 terbunuh pesawat, helikopter bertembung

4 terbunuh pesawat, helikopter bertembung

Beberapa anggota polis sedang melakukan siasatan di lokasi kemalangan. foto Agensi

BERLIN – Sebuah pesawat kecil dan helikopter bertembung di barat daya Jerman, mengorbankan empat orang, kata polis.

Kemalangan itu berlaku di lokasi kira-kira lima kilomter di timur Philippsburg, di bandar yang mempunyai operasi loji nuklear.

Helikopter terlibat dalam insiden itu adalah helikopter penyelamat yang menjalani latihan di bandar Philippsburg.

Punca kemalangan masih belum dipastikan tetapi kawasan kejadian telah dikepung.

Mangsa-mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah dua juruterbang helikopter dan dua penumpang pesawat.

“Setakat ini kami belum tahu identiti penumpang-penumpang pesawat, kata jurucakap polis yang turut enggan menggulas sama ada ada mangsa yang lain terlibat. – MalaysiaGazette