KUALA LUMPUR – Pelakon Hollywood terkenal, Jennifer Aniston dilaporkan mengumumkan penceraian dengan suaminya, Justin Theroux selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Aniston, 49 dan Theroux yang juga pelakon ‘The Leftovers’, 46, berkahwin pada Ogos 2015.

Pengumuman itu dikeluarkan secara bersama oleh kedua-dua mereka menerusi satu kenyataan.

Perkahwinan pasangan selebriti Hollywood itu sebelum ini dilangsungkan secara rahsia di kediaman mereka di Los Angeles.

Aniston sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Brad Pitt sebelum bercerai selepas 10 tahun bersama. -MalaysiaGazette