Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Hospital Sultan Ismail (HSI) sedang mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang wanita yang telah meninggal dunia dan mayatnya kini masih lagi ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HSI kerana tidak dituntut.

Timbalan Pengarah Hospital (Pengurusan) HSI, Noormazura Mat Nawi berkata, wanita yang bernama Rozana Ma’arof itu telah meninggal dunia di Wad 3A hospital berkenaan pada 26 April yang lepas.

Sehubungan itu, HSI mengharapkan saudara mara atau orang ramai yang mengenali waris dapat tampil untuk memberi maklumat dan membuat tuntutan.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Perubatan HSI, En. Abdul Jawad Sipun di talian 07-3565000 sambungan 2803, katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette