KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti kelahiran Singapura, Atikah Suhaime dan Awi Rafael hari ini membuat kejutan apabila mengikat tali pertunangan sebentar tadi.

Atikah mengesahkan berita itu menerusi video yang dimuat naiknya menunjukkan ibu kepada Awi menyarung cincin di jarinya dalam akaun Instagram sebentar tadi.

“Ya… Saya terima lamaran ini dan dengan itu secara rasminya saya bergelar tunang Awi Rafael,” tulis Atikah yang memakai persalinan berwarna biru.

Semalam, artis jelita berusia 27 tahun itu mengungkapkan kata-kata dirinya percaya Tuhan akan mempermudahkan segala perancangan, tanpa menyebut lebih lanjut berhubung perkara itu.

Kedua-dua mereka sebelum ini tidak pernah secara umum mendedahkan hubungan istimewa yang terjalin sehingga ke hari ini. -MalaysiaGazette