Home Utama Persempadanan semula SPR dibentang Rabu depan

Persempadanan semula SPR dibentang Rabu depan

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 06 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Laporan penuh persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dibentangkan pada 28 Mac ini.

Perkara itu diumumkan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, Parlimen bermula pagi hari ini.

“Ahli-ahli yang berhormat, saya ingin memaklumkan mengenai laporan kajian semula persempadanan mengenai syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihanraya Persekutuan dan negeri di dalam negeri-negeri tanah Melayu kali ke enam tahun 2018 (ST27/2018) dan draf berita Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan bahagian-bahahgian pilihan raya) (negeri-negeri Tanah Melayu 2018) (ST 28 tahun 2018) telah diletakkan di atas meja ahli-ahli yang berhormat sekalian.

“Saya ingin mengingatkan bahawa kesemua dokumen tersebut tidak boleh disiarkan embargo sehingga ia dibentangkan pada hari Rabu 28 mac 2018,” kata beliau.

Namun beberapa ahli Parlimen pembangkang iaitu DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran, Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai), Datuk Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) dan Ahli Parlimen Pas-Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan telah bangun menyatakan rasa tidak puas hati dengan perintah itu dan memohon dipertimbangkan semula.

Rata-rata mereka meminta kebenaran untuk membawa keluar untuk dibincangkan bersama bagi menyatakan pandangan pihaknya termasuk pakar-pakar di luar sana menurut Kulasegaran.

Nurul Izzah yang mewakili Lembah Pantai meminta sama ada ahli ahli dewan dibenarkan membawa keluar laporan kajian persempadanan untuk bacaan dan kajian sendiri tanpa untuk disiarkan

“Yang Dipertua saya dimaklumka bentara tadi ia tak boleh dibuka dan dibaca juga, sila jelaskan,” katanya.

Namun, Pandikar sebagai menjawab permintaan mereka berkata:” begini ahli berhormat, kalau saya benarkan dokumen itu dibawa keluar, apabila disiarkan media atau orang lain dapat tahu, saya tak boleh tahu siapa yang bertanggungjawab.

“Saya percaya kepada yang berhormat, kalau saya benarkan untuk bawa keluar dan nanti tersiar, tidak ada ahli berhormat yang akan mengaku itu (pendedahan) adalah daripada anda sendiri.

“Kedua soal persempadanan ini sudah dibawa ke mahkamah dan semua sudah baca di surat khabar sudah diketahui umum termasuk media dan apa lagi yang hendak dibaca.. cuma soal pokok sememangnya ahli-ahli berhormat sudah tahu. anda duduk 10 tahun di sini sebenarnya bijak. jadi saya tidak membenarkan ia dibawa keluar.

“Kalau saya memberi peluang membaca apa jaminan ahli-ahli berhormat tidak keluarkan kepada umum untuk disiarkan. saya dah cakap embargo.

“Jangan bawa pergi mana mana jangan keluarkan kepada press. itu saya tak boleh terima.jangan lagi ganggu mesyuarat,” tegasnya sebelum meneruskan sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. – MalaysiaGazette