Home Ekonomi Brent cecah AS$75 setong

Brent cecah AS$75 setong

oil
Gambar hiasan loji petrokimia

SINGAPURA – Minyak mentah Brent melonjak dalam hari keenam dagangan mencecah paras tertinggi sejak November 2014 kepada AS$75 setong, dipacu oleh kawalan bekalan dan permintaan pula meningkat.

Harga Brent naik AS$0.36 atau 0.5 peratus berbanding harga penutup akhir.

Peningkatan enam hari harga Brent rentetan keuntungan paling lama sejak Disember, dengan harga lebih daripada 20 peratus daripada paras terendah 2018 pada bulan Februari.

Niaga hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$69.17 setong, naik AS$0.53 atau 0.8 peratus daripada harga penutup terakhir.

Pada hari Khamis lalu, WTI naik paling kukuh sejak 28 November 2014 pada AS$69.56. – MalaysiaGazette