Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumawip Residensi Pandanmas 2 di Resedensi Pandanmas Kampung Pandan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 APRIL 2018
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap kepada media pada Majlis Penyerahan Kunci Rumawip Residensi Pandanmas 2 di Resedensi Pandanmas Kampung Pandan, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor percaya ada yang lebih layak menerajuimyPPP setelah Tan Sri M Kayveas tidak lagi berada dalam parti itu.

Jelas beliau, tidak sepatutnya bekas Presiden myPPP bertegas untuk bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands walaupun sudah maklum bahawa ianya milik MIC.

“Dia tetap mahu kerusi Camerond Highlands walaupun bukan sahaja saya tetapi Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dah cakap bahawa kerusi Cameron Highlands untuk MIC.

“Kalau dia keluar dari parti itu ada banyak lagi orang boleh terajui parti itu, ada banyak orang yang layak untuk terajui parti itu,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Majlis Penyerahan kunci rumah kepada komuniti India di Pandanmas 2.

Tambahnya, kepimpinan BN sudah beberapa kali mengingatkan parti komponen untuk saling membantu antara satu sama lain.

“Saya telah berkata bahawa kita tidak mahu mana-mana parti komponen yang melemahkan di antara sesama komponen,” ujarnya.

Terbaru jawatan Kayveas serta-merta kerana tindakannya dipercayai telah mempergunakan parti ini untuk agenda peribadinya.

Kayveas dikatakanh mempergunakan kedudukannya sebagai presiden untuk memuktamadkan pelbagai keputusan tanpa berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti yang disifatkan sebagai melanggar perlembagaan parti.

Antaranya membuat keputusan untuk melepaskan empat buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kerusi Parlimen Cameron Highlands walaupun tidak mendapat mandat Najib.-MalaysiaGazette