Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 MEI 2018

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan hari ini berkata nisbah hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak 65 peratus

Pengumuman itu berbeza dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bahawa hutang negara adalah 50.8 peratus dan di bawah had yang ditetapkan iaitu 55 peratus.

“Berkenaan masalah kewangan dan kita maklumkan bahawa hutang sebenarnya sudah mencecah sebanyak RM1 trilion, tetapi kita akan kaji cara-cara untuk kurangkan jumlah hutang.

“Kita sudah kenal pasti dalam bajet-bajet projek lama yang kita boleh kurangkan jumlahnya, nilainya adalah berbilion ringgit juga,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Secara terperinci ujarnya, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan dengan menghentikan projek mega yang dilaksanakan kerana mahupun membuat rundingan semula.

“Kami akan memutuskan yang mana satu akan dibuang, dan mana satu akan diteruskan, kita akan maklumkan pada tarikh lain,” katanya.

Dr. Mahathir mengulas mengenai pembinaan Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan pembinaan lebuh raya Pan Borneo yang dilaksanakan dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. -MalaysiaGazette