Restoran minuman popular, Starbucks lengang akibat rakyat Malaysia terutamanya masyarakat islam melakukan kempen memboikot produk yang berkaitan dengan Israel berikutan peperangan yang berlaku di Palestin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 NOVEMBER 2023.

SEATTLE – Jumlah pelanggan Starbucks yang berkurangan pada suku pertama menjadikan perniagaan jenama kopi ini berdepan dengan “persekitaran yang sangat mencabar,” kata syarikat itu pada hari Selasa.

Situasi suram itu telah menjejaskan jualannya dan menyebabkan sahamnya menjunam.

Rangkaian kedai yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) ini merosot 3% pada suku kedua fiskal t, didorong sepenuhnya oleh penurunan 7% dalam urus niaga.

Hasil Starbucks  merosot 2% kepada AS$8.6 bilion dan pendapatan sesaham susut 14% kepada AS$0. 68.

Ia merupakan kejatuhan kali pertama dalam tempoh hampir tiga tahun.

Starbucks tidak menerima bantuan daripada pasaran antarabangsa kerana jualan di luar Amerika Utara juga merosot 6% kerana kedua-dua transaksi dan jumlah pelanggan purata merosot 3%.

China merekodkan penurunan jualan 11% akibat permintaan rendah.

Situasi semasa mendorong Starbuck menurunkan unjuran jualan pada tahun ini hingga satu digit dalam jualan tahun ini, berbanding jangkaan pertumbuhan 4% hingga 6% sebelum ini.

Ia juga menurunkan jangkaan untuk hasil, jualan di China dan pertumbuhan bagi rangkaian global.

Prestasi lemah ini mendorong saham Starbucks menjunam, jatuh 12% dalam dagangan  pada hari Selasa.

“Prestasi kami pada suku ini mengecewakan dan tidak memenuhi jangkaan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Starbuck, Laxman Narasimhan

Malah, katanya, prestasi syarikat itu tidak menggambarkan kekuatan, keupayaan atau peluang di masa hadapan.

Bagi Starbucks, ia merupakan prestasi negatif pertama sejak 2020, apabila rangkaian yang berpangkalan di Seattle menutup kedai kopinya akibat wabak koronavirus.

Starbucks telah menghadapi cabaran menjelang 2024, apabila jualan semakin lemah pada akhir tahun lalu apabila pelanggan mula meninggalkan rangkaian kedai tersebut.

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada “salah persepsi” mengenai pendirian syarikat itu terhadap konflik Gaza.

Tetapi keahlian dalam program kesetiaan Starbucks Rewards syarikat meningkat 6% kepada 32.8 juta. – Agensi