KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 2 hingga 8 Mei 2024.
Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON97 kekal RM3.47 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette