Bastian Schweinsteiger menegaskan dia telah memberitahu Jose Mourinho bahawa dirinya sentiasa bersedia untuk kembali dalam pasukan Manchester United walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke Amerika.

Terdapat spekulasi mengatakan pemain tengah Jerman itu telah mengadakan perjanjian dengan Chicago Fire apabila jendela perpindahan Liga Bolasepak Kebangsaan (MLS) dibuka semula.

Tetapi selepas kembali ke dalam latihan pasukan utama di Carrington, pemain berusia 32 tahun itu, yang mempunyai baki 18 bulan dalam kontraknya di Old Trafford masih berharap akan bermain untuk United semula.

Bekas kapten Bayern Munich itu telah diketepikan Mourinho sejak musim panas lalu sehingga dia dipanggil semula pada awal bulan ini.

Schweinsteiger berkata: “Tahun lepas kami menang Piala FA, yang merupakan salah satu matlamat saya.

“Sudah pasti, ia akan menjadi besar untuk bermain untuk United dalam Liga Perdana dan memenangi gelaran.

“Saya akan bersedia jika mereka memerlukan saya.”