Polis laut Singapura mengadakan kawalan keselamatan di perairan negara tersebut. foto Reuters

Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan malam tadi kerana cuba berenang ke Singapura.

Polis berkata, lelaki itu ditahan pada pukul 10 malam, selepas penjaga pantai ternampak objek terapung di luar perairan Jeti Charcoal di Kranji.

Saspek dipercayai berenang ke perairan Singapura.

Beliau ditahan di bawah Akta Imigresen kerana memasuki Singapura dengan cara yang salah. – MalaysiaGazette