Ahli ekonomi menurunkan semakan pertumbuhan Singapura tahun ini selepas unjuran eksport dan sektor kewangan juga merosot.

Jangkaan pertumbuhan dan teras inflasi juga diunjur merosot pada tahun 2017, menurut satu kajian oleh bank pusat negara itu.

Ramalan itu dibuat oleh 22 ahli ekonomi hasil kajian Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS).

Mereka mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura berkembang 1.4 peratus pada 2016, turun daripada 1.8 peratus pada September lalu.

Unjuran itu menunjukan kelembapan daripada 2.0 peratus pada tahun 2015 kerana permintaan global kekal lembap, sekali gus menjejaskan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada perdagangan.

Ramalan median bagi pertumbuhan tahun ke tahun dalam sektor kewangan dan insurans pada tahun 2016 jatuh 0.5 peratus daripada 2.0 peratus pada tinjauan September.

Ahli-ahli ekonomi mengunjurkan eksport domestik bukan minyak menyusut 4.4 peratus pada tahun 2016 berbanding penurunan unjuran median sebelum 3.6 peratus.

Unjuran median bagi pertumbuhan ekonomi pada tahun 2017 adalah 1.5 peratus, menurun daripada 1.8 peratus tiga bulan lalu.

Inflasi dijangka meningkat 1.3 peratus bagi keseluruhan tahun 2017, turun sedikit daripada unjuran median sebelumnya sebanyak 1.4 peratus.

Pertumbuhan KDNK suku keempat dijangka perlahan kepada 0.8 peratus pada asas tahun ke tahun, menurut ramalan median dalam MAS, turun daripada 1.5 peratus pada bulan September.

Ia akan menjadi perlahan daripada pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 1.1 peratus pada suku ketiga, apabila ekonomi menguncup 2.0 peratus berbanding tiga bulan sebelumnya pada asas tahunan.

Pada bulan lalu, Singapura menyemak unjuran pertumbuhan 2016 kepada 1.0 hingga 1.5 peratus berbanding 1.0 hingga 2.0 peratus sebelumnya. – MalaysiaGazette