Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan (kiri) bersama ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bersama Penolong Setiausaha Puteri, Datuk Fahariyah Md. Arip.

Penularan berita kononnya Zahida Zarik Khan akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO ternyata satu fitnah.

Berita kononnya Naib Ketua Pergerakan UMNO itu disebarkan ketika tuan punya badan berada di Tokyo.

Zahida berada di Jepun ketika ini kerana lawatan kerja Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mana beliau merupakan Timbalan Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA.

Namun Zahida pantas menafikannya melalui media sosial seterusnya memaklumkan sidang media yang mengenai peletakan jawatannya itu adalah palsu.

“Mesej sebaran jemputan sidang akhbar yang tersebar di media sosial adalah berniat jahat untuk menjejaskan reputasi saya sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia,” katanya.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyanti Samsudin juga menafikan perkara yang sama dan menganggap ia satu cubaan jahat mereka yang anti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang cuba merosakkan parti UMNO.

Fitnah itu seolah-olah digambarkan seakan-akan Zahida tidak berpuashati dengan tindakan Mas Ermieyanti memilih Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Datuk Farhayani Mohd. Arip sebagai senator baru-baru ini.

Sedangkan bagi kuota Pemuda UMNO, naib ketuanya, Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro terpilih tetapi Zahida sebagai orang nombor dua Puteri UMNO tidak terpilih.

Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden juga difitnah mengeluarkan surat mendesak Najib meletak jawatan.–MalaysiaGazette