Kawasan letupan ditutup dan dikawal ketat oleh pols. Foto Agensi

TURKI – Sebuah bas yang membawa tentera meletup berhampiran sebuan universiti di tengah Kayseri.

Kejadian it dipercayai menyebabkan ada mangsa terbunuh dan cedera. Bagaimanapun, jumlahnya belum diketahui.

Ambulans dikejarkan di kawasan tersebut, menurut sumber keselamatan.

Agensi berita Dogan berkata, bas itu meletup selepas melalui sebuah kereta yang dipercayai dipenuhi dengan bahan-bahan letupan.

Serangan terbaru itu meletus selepas seminggu kejadian serangan di stadium bola sepak Istanbul yang mengorbankan lebih 40 orang dan lebih 100 orang cedera.