Saksi melihat ada mangsa dirempuh berada di bawah trak. Foto AP

BERLIN – Sebuah lori merempuh masuk pasar Krismas di Berlin, Jerman menyebabkan 12 maut dan 45 lagi cedera.

Menteri Dalam Negeri Berlin, Andreas Geisel berkata, pihaknya tidak pasti sama ada kejadian itu adalah serangan atau kemalangan.

Pemandu lori berkenaan telah ditahan, manakala seorang penumpangnya ditemui mati.

Pasukan kecemasan membawa keluar mangsa yang cedera selepas sebuah trak merempuh kawasan pasar Krismas di Berlin. Foto BBC
Pasukan kecemasan membawa keluar mangsa yang cedera selepas sebuah trak merempuh kawasan pasar Krismas di Berlin. Foto BBC

Pasar itu terletak di Breitscheidplatz, berhampiran dengan Kurfuerstendamm, merupakan kawasan beli-belah jalanan utama di bandar di sebelah barat.

Menurut agensi berita DPA, polis percaya lori itu bergerak antara 50 hingga 80 meter di sepanjang kawasan pasar itu semasa nahas berlaku.

Difahamkan, penumpang yang mati itu adalah warga negara Poland tetapi kerakyatan pemandu itu belum disahkan. – MalaysiaGazette