Rakaman video menunjukkan dua tentera Turki di bakar hidup-hidup oleh IS di wilayah Aleppo. Foto Agensi

ISTANBUL – Dua tentera Turki yang ditawan dibakar hidup-hidup oleh Kumpulan IS. Pendedahan itu dibuat menerusi video Online.

IS mendakwa video itu dirakam dalam operasi di Syria pada tahun lalu.

Rakaman video itu menunjukkan dua lelaki berpakaian seragam diheret keluar dari kurungan sebelum diikat dan dibakar.

Rakaman selama 19 minit itu dipercayai dirakam di Aleppo.

Turki terlibat dalam serangan darat dan udara bagi menentang IS di Syria sejak bulan Ogos.

Setakat ini Turki belum mengulas mengenai rakaman tersebut.

Beberapa laporan memaklumkan Turki telah mengehadkan akses laman sosial media selepas rakaman itu didedahkan. Namun ada pihak menafikan.

Sebelum ini, tentera Turki melaporkan tentang kehilangan dua anggotanya di utara Syria bulan lalu.

Awal minggu ini, 16 tentera Turki maut di utara bandar Syria, dekat al-Bab – kehilangan terbesar dalam tentera Turki seja menentang IS di wilayah itu. – MalaysiaGazette