Rakaman menunjukkan seorang wanita menjual anaknya kepada keluarga lain. Foto The South China Morning Post

Seorang ibu dari selatan China yang suka berjudi didapati bersalah menjual dua orang anak perempuannya, masing-masing berumur satu dan tiga tahun.

Malah, rakaman dalam telefon bimbit menunjukkan kanak-kanak tiga tahun itu sedang membantu ibunya mengira duit ketika penjualan berlangsung.

Ibu dari Naning itu dikenakan hukuman tiga tahun penjara dan didenda, menurut laporan media.

Beliau didakwa menerima sejumlah 13,000 yuan daripada penjual anak sulungnya dan lebih 10,000 yuan bagi bayi beliau.

Keluarga yang membeli anak perempuan sulung wanita itu merekodkan transaksi penjualan untuk mengelakkan ibu berkenaan membuat penafian.

Wanita berkenaan dipercayai menggunakan wang penjualan dua anaknya untuk berjudi.

Dua kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada bapanya.

Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersama ibu mereka kerana bapanya bekerja jauh dari tempat tinggal mereka. – MalaysiaGazette