Home Dunia PBB lulus resolusi tamat penempatan haram Israel

PBB lulus resolusi tamat penempatan haram Israel

PBB mengarahkan Israel menghentikan meluaskan penempatan di Tebing Barat dan Jerusalem Timur. Foto Agensi

Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan resolusi menggesa menamatkan penempatan haram Israel selepas Amerika Syarikat menolak cadangan itu.

Resolusi Mesir telah ditarik balik selepas Israel meminta Donald Trump untuk campur tangan tetapi ia ditolak sekali lagi oleh Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela.

Amerika Syarikat secara tradisinya melindungi Israel daripada resolusi yang tidak memihak kepada Yahudi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau tidak akan mematuhi undi tersebut.

Kepimpinan Palestin mengalu-alukan resolusi, yang telah diluluskan oleh 14 undi kepada sifar, dengan satu berkecuali.

Trump yang akan menduduki White House pada 20 Januari ini, dalam Twitternya selepas undian itu berkata: Kepada PBB, perkara akan berbeza selepas 20 Januari”.

Isu penempatan Yahudi adalah salah satu isu perbalahan antara Israel dan Palestin – menjadi penghalang kepada keamanan.

Kira-kira 500,000 orang Yahudi tinggal di kira-kira 140 penempatan yang dibina sejak 1967 di Tebing Barat dan Jerusalem Timur.

Penempatan tersebut adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa, walaupun Israel mempertikaikannya. – MalaysiaGazette