Kira-kira 150 pemain ski terperangkap dalam kereta kabel pergunungan Itali berikutan gangguan wayar. Foto Agensi

Lebih daripada 150 orang pemain ski telah diselamatkan selepas jam terperangkap dalam kereta kabel di banjaran pergunungan di Itali.

Mereka terperangkap di cerun resort Cervinia selama tujuh jam selepas wayar kabin terganggu akibat angin kencang.

Kereta-kereta kabel terhenti pada ketinggian lebih daripada 2,500 meter (8,366 kaki).

Pasukan penyelamat berjaya membawa kesemua mereka keluar sebelum tengah malam.

Tiada kes hipotermia dilaporkan dalam kejadian di kawasan kejadian yang terletak Lembah Aosta, berhampiran sempadan Perancis.

“Nasib baik angin tidak terlalu sejuk … semuanya di bawah kawalan,” Adriano Favre, ketua pasukan penyelamat tempatan, dipetik sebagai berkata.

Rakaman televisyen menunjukkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tali untuk turun daripada kereta kabel. – MalaysiaGazette