Cukup-cukuplah Rafizi

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) kecewa apabila wakil rakyat pembangkang tidak putus-putus menyebarkan maklumat palsu tentang nilai kos projek MRT Lembah Klang di mana fasa pertama projek tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan di sini, MRT Corp berkata, dalam tempoh seminggu fasa pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) beroperasi, kira-kira 210,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan tersebut.

Perkembangan memberangsangkan itu, katanya, menunjukkan perkhidmatan MRT SBK telah disambut dengan penuh rasa semangat dan keterujaan dari kalangan rang ramai.

Bagaimanapun, kata MRT Corp, di sebalik banyak fakta mengenai manfaat bagi projek MRT, wakil rakyat pembangkang iaitu Rafizi Ramli telah menyifatkan Projek MRT Lembah Klang sebagai projek yang tidak baik.

“Bagaimanapun, beliau tidak memberi apa-apa penjelasan berkaitan mengapa sistem pengangkutan awam yang telah diperbaik adalah tidak baik untuk orang ramai,” kata MRT Corp.

Salah satu dakwaan yang telah dibuat berkaitan dengan Projek MRT Lembah Kiang, adalah nilai RM40 bilion yang telah didakwa sebagai “bajet asal” projek.

MRT-Kekeliruan-Rafizi
Infografik Kekeliruan Rafizi

Menyangkal tuduhan itu, MRT Corp menjelaskan bahawa nilai tersebut telah dinyatakan daripada cadangan yang dikonsepkan pada tahun 2010, justeru ia adalah tidak lagi relevan untuk digunakan sebagai perbandingan dengan Ppojek semasa yang akhirnya dapat direalisasikan.

“Nilai RM40 bilion pada asalnya dikemukakan dalam satu cadangan sektor swasta untuk ketiga-tiga laluan Projek MRT Lembah Kiang (yang akan dibina secara serentak) kepada Kerajaan pada Tahun 2010

“Ia berdasarkan nilai harga pada Tahun 2009. Walaubagaimanapun, kos RM40 bilion tidak termasuk tren-tren elektrik dan sistem-sistem berkaitan dan juga pengambilan tanah,” jelas MRT Corp.

Seorang pengguna MRT, Mazliana Razak mencuba mesin tiket MRT di Stesen MRT Sungai Buloh bagi menyemak tambang perjalanan ke stesen berikutnya. foto SAFWAN MANSOR, 16 DISEMBER 2016
Seorang pengguna MRT, Mazliana Razak mencuba mesin tiket MRT di Stesen MRT Sungai Buloh bagi menyemak tambang perjalanan ke stesen berikutnya. foto SAFWAN MANSOR, 16 DISEMBER 2016

Mengulas lanjut, MRT Corp memberitahu, selepas cadangan itu dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kerajaan telah mengkaji semula dan menjalankan kajian ke atas cadangan yang diusulkan.

“Kajian yang telah dibuat pada Tahun 2010 menyebabkan model bagi Projek MRT Lembah Klang berubah dengan ketara,” katanya.

Menurut MRT Corp, bertentangan dengan komen Rafizi, Projek MRT Lembah Klang seperti yang dapat kita lihat pada hari ini bukan sebuah projek yang diswastakan.

Sebaliknya, ia adalah projek yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh kerajaan, menerusi MRT Corp.

Pada akhir Tahun 2010, susulan daripada kajian semula itu, kerajaan telah meluluskan pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh¬Kajang, laluan pertama bagi Projek MRT Lembah Klang.

Laluan SBK adalah laluan pertama dijalankan di mana jajaran yang dicadangkan telah menjalani banyak kajian dibuat oleh pihak-pihak lain sebelum penyerahan cadangan konsortium.

Semasa Laluan SBK dan proses perolehan diluluskan, MRT Corp telah mengumumkan pada Disember 2012 bahawa bajet bagi kos pembinaan Laluan SBK adalah RM23 bilion.

Orang ramai dilihat mula menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama operasi. foto SAFWAN MANSOR, 16 DISEMBER 2016
Orang ramai dilihat mula menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari pertama operasi. foto SAFWAN MANSOR, 16 DISEMBER 2016

Begitu juga, MRT Corp mencapai anggaran kos pembinaan bagi MRT Laluan Sungai Buloh-
Serdang-Putrajaya (SSP) sebanyak RM32 bilion berdasarkan tender-tender yang telah dianugerahkan bagi pembinaan laluan.

“Kesemua tender bagi kedua-dua laluan, Laluan SBK dan Laluan SSP telah dianugerahkan menerusi sistem tender terbuka,” katanya.

Bagi cadangan MRT Laluan 3, juga dikenali sebagai Laluan Lingkaran, MRT Corp sering menyatakan kajian kebolehlaksanaan bagi laluan itu sedang dijalankan. Keputusan dijangka diumumkan pada suku pertama Tahun 2017.

Oleh itu, adalah mustahil bagi MRT Corp untuk memberi kos anggaran bagi MRT Laluan 3.

Sebarang nilai yang telah dilaporkan bagi MRT Laluan 3 adalah spekulasi semata-mata dan muncul dari sumber-sumber luar dan bukan dari MRT Corp.

“Oleh yang demikian, sebarang dakwaan bahawa nilai kos MRT Laluan 3 yang telah diumumkan oleh MRT Corp adalah salah sama sekali.

“Kami berasa kecewa dengan YB Rafizi yang cuba mempolitikkan projek yang jelas
memberi manfaat kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, MRT Corp akan terus memberi tumpuan bagi memastikan Laluan SBK beroperasi dengan lancar dan Fasa Kedua projek siap tepat pada waktunya.

“MRT Corp juga akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan pembinaan Laluan SSP diserahkan tepat pada waktunya dan dibina dalam kos yang telah ditetapkan,” kata MRT Corp. — MalaysiaGazette

Comments are closed.