Home Dunia Gempa bum kuat di Chile, amaran tsunami dikeluarkan

Gempa bum kuat di Chile, amaran tsunami dikeluarkan

Jalan raya retak di Pulau Chiloe retak selepas dilanda gempa kuat. Foto AFP

Gempa Hari Krismas kuat dengan 7.7 skala Ritcher menggegarkan selatan Chile mencetuskan kebimbangan tsunami, menurut ahli seismologi di Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami sebaik sahaja gempa berlaku. Para penduduk di selatan perairan digesa untuk berada di kawasan lebih tinggi.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, pihak berkuasa menurunkan status kepada lamgkah-langkah berjaga-jaga, menurut ONEMI.

Namun penduduk masih kekal diminta tidak berada di kawasan pantai kerana risiko gelombang besar.

Setakat ini tiada kematian dilaporkan dan kerosakan yang berlaku akibat gempa adalah kecil.

Pusat gempa cetek adalah di bahagian selatan Pulau Chiloe, dalam zon beberapa taman negara.

Pusat penduduk yang paling dekat dengan gempa ialah Castro, sebuah bandar di Pulau Chiloe dengan 40,000 penduduk. Santiago pula terletak sekitar 1,000 kilometer dari pusat gempa.

Gempa bumi kuat pernah melanda Chile pada September 2015, dengan 8.3 skala Ritcher diikuti oleh tsunami yang melanda utara negara itu, mengorbankan 15 orang. – MalaysiaGazette