Pasukan keselamatan Rusia melancarkan operasi mencari mangsa-mangsa pesawat TU-154 di Laut Hitam. Foto Agensi

 

Para penyelam menemui kota hitam pesawat tenteta Rusia, Tupolev, Tu-154 yang terhempas di pantai Sochi pada Ahad lalu, kata sumber kepada agensi berita, TASS.

Lebih banyak mayat ditemui dalam operasi pencarian yang masih berterusan.

“Semasa operasi pencarian, salah satu daripada kotak hitam ditemui di bawah kabin pesawat. Ia akan dibawa keluar tidak lama lagi,” kata sumber tentera sambil menambah dua lagi kotak hitam yang terletak di bahagian belakang pesawat masih belum ditemui.

“Salah satu teori punca kemalangan ialah objek asing menembusi enjin,” kata sumber dan memberitahu, kemungkinan lain ialah kesilapan juruterbang dan masalah teknikal turut disiasat.

Sekurang-kurangnya 12 mayat telah ditemui di lokasi kemalangan setakat ini, lapor RIA Novosti yang memetik sumber polis.

Pesawat milik Kementerian Pertahanan Rusia itu terhempas di Laut Hitam selepas beberapa minit berlepas dari Lapangan Terbang Sochi mengakibatkan 92 orang terkorban.

Pesawat yang membawa 64 ahli kumpulan koir tertera, Alexandrov Ensemble; pekerja pertubuhan kebajikan dan pengamal media itu dalam penerbangan ke Latakia, Syria bagi mengambil bahagian dalam sambutan Krismas dan Tahun Baru.

Semalam, Rusia mengisytiharkan hari berkabung di seluruh negara itu bagi meratapi pemergian mangsa nahas tersebut.