Home Dunia Mayat dalam kereta hangus disyaki Duta Greek yang hilang

Mayat dalam kereta hangus disyaki Duta Greek yang hilang

RIO de JANERIO – Polis Brazil mengesyaki badan manusia yang ditemui hangus dalam kenderaan di Rio de Janeiro adalah Duta Greece ke Brazil yang hilang tiga hari lalu, menurut laporan stesen televisyen Globo.

Jurucakap polis tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Duta Kyriakos Amiridis, 59, kali terakhir dilihat petang Isnin lalu meninggalkan rumah kawan isterinya di pinggir bandar metropolitan Rio, kata polis sebelum ini.

Isteri Amiridis membuat laporan kehilangannya pada hari Rabu.

Dalam rakaman itu, Globo menunjukkan imej kereta putih yang hangus terbakar di Nova Iguacu, lokasi duta berkenaan dilaporkan hilang.

Stesen televisyen itu juga melaporkan nombor plat kereta tersebut sepadan dengan kenderaan yang disewa Amiridis.

Kedutaan Greek di Brazil tidak dapat mengesahkan kehilangan duta itu, memberitahu beliau bercuti di Rio dan dijangka pulang ke Brazil pada 9 Januari.

Polis tidak percaya duta itu diculik.

“Kami mempunyai petunjuk tetapi bukan culik. Jika beliau diculik, sesiapa yang terlibat akan membuat panggilan sekarang,” kata Inspektor Evaristo Pontes.

Amiridis sebelum ini bertugas pejabat konsulat di Rio dari tahun 2001 hingga 2004. – MalaysiaGazette