Home Dunia Mogok kakitangan rel jejas penerbangan

Mogok kakitangan rel jejas penerbangan

Southern Rail mengendalikan perkhidmatan komuter dari pantai selatan ke London.

Mogok oleh kakitangan perkhidmatan rel di selatan Englangd menyebabkan sejumlah besar penerbangan terpaksa dibatalkan di lapangan terbang utama London.

Kesatuan RMT melancarkan mogok selama tiga hari terhadap perkhidmatan Southern Rail yang mengendalikan perkhidmatan komuter dari pantai selatan ke London berikutan pertikaian cadangan menurunkan peranan pengawal keretapi api.

Pertikaian itu timbul apabila Southern Rail hanya mahu pemandu sahaja mengendalikan keretapi.

Pada masa ini, pengawal ditugas membuka dan menutup pintu tetapi pengendali keretapi berkata, pemandu boleh melakukan tugas ini.

Kesatuan mendakwa langkah itu akan meletakkan penumpang dalam risiko.

Pada hari ini sebanyak 40 penerbangan dibatalkan di Lapangan Heathrow, sebelum ini melibatkan 140 penerbangan ditangguhkan. – MalaysiaGazette