Home Dunia Tiga ditahan disyaki ada kaitan culik hakim

Tiga ditahan disyaki ada kaitan culik hakim

RIYADH – Tiga telah ditahan berkaitan dengan penculikan Sheikh Sheikh Muhammad Al-Jirani, seorang hakim di Jabatan Wakaf dan Warisan di mahkamah Qatif, menurut jurucakap Kementerian Keselamatan Menteri Dalam Negeri, Mejer Jeneral Mansour Al-Turki.

Al-Turki berkata, siasatan telah membawa kepada penemuan tiga orang yang terlibat secara langsung dalam jenayah itu.
Mereka ialah Abdullah Ali Ahmed Al- Darwesh, Mazin Ali Ahmed Al-Qab’ah dan Mustafa Ahmed Salman Al-Sahwan.

Siasatan turut mengenal pasti tiga lagi yang didakwa terlibat sama.

Mereka adalah Muhammad Hussein Ali Al-Ammar, Maitham Ali Muhammad Al-Qudaihi dan Ali Bilal Saud Al-Hamad.
Nama-nama itu telah dikenal pasti dalam senarai sembilan orang.

Al-Turki berkata, tiga ditahan tidak mempunyai hubungan asing atau berkaitan dengan Daesh kumpulan pengganas.

Kementerian memberi amaran keras kepada penculik supaya melepaskan hakim itu tanpa syarat dengan segera.

Pasukan keselamatan telah menawarkan ganjaran sebanyak SR1 juta bagi sebarang maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan lelaki-lelaki tersebut.

“Ganjaran kewangan SR1 juta ini akan ditingkatkan kepada SR5 juta jika maklumat tersebut membawa kepada penangkapan lebih daripada satu individu dan SR7 juta jika maklumat yang membawa kepada menggagalkan operasi keganasan ini,” kata kementerian itu.

Menteri Kehakiman Waleed Bin Muhammad Al-samaani yang juga Ketua Majlis Kehakiman Agung, telah melahirkan kebimbangan terhadap kehilangan Al-Jirani, kata jurucakap Kementerian Keadilan Sheikh Mansour Al-Ghefary.

Menurut laporan awal, Al-Jirani yang diculik oleh lelaki bertopeng di hadapan rumahnya di Qatif di Wilayah Timur. – MalaysiaGazette