Home Ekonomi Tanah Raffles Country Club diambil untuk projek keretapi laju

Tanah Raffles Country Club diambil untuk projek keretapi laju

SINGAPURA – Tapak Raffles Country Club di Tuas akan dibeli oleh pihak berkuasa untuk membeli laluan pembinaan projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura.

Perkara itu diumumkan oleh kelab itu di laman sesawang kelab itu.

Notis pengumuman turut memasukkan surat daripada Pihak Berkuasa Tanah Singapura memaklumkan perpindahan kelab tersebut.

Kelab itu akan dikehendaki untuk mengosongkan tanah itu pada 31 Julai 2018, menurut surat itu.

Dibina pada tahun 1988, Raffles Country Country Club mempunyai 18 lubang. Tarikh akhir pajakan tanah itu tamat pada tahun 2028. – MalaysiaGazette