Home Nasional Kakitangan Eaglexpress di Jeddah berlepas balik malam ini

Kakitangan Eaglexpress di Jeddah berlepas balik malam ini

Pesawat Eaglexpress

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya semua kakitangan Eaglexpress Air Charter Sdn. Bhd. dijadualkan berlepas balik dari Jeddah ke Kuala Lumpur pada malam ini (waktu Malaysia).

Sehingga berita ini ditulis, semua kakitangan sudah pun berada di lapangan terbang Jeddah.

“Insya-Allah malam ini kami bertolak balik. Pukul berapa kami tidak pasti, tetapi kami sudah lapangan terbang. Alhamdulillah,” menurut seorang sumber.

Kesemua mereka dibawa balik dengan pesawat Boeing 747 milik Eaglexpress dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur kira-kira 10 pagi esok.

Seorang sumber lain memberitahu, ia adalah penerbangan terus.

Sementara itu, sumber-sumber industri berkata, barang-barang milik kakitangan Eaglexpress diangkut dengan menaiki lori
dari kediaman kakitangan untuk dibawa ke lapangan terbang petang tadi.

Lesen Penerbangan Udara Eaglexpress telah dibatalkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia (Mavcom) pada 20 Jun lalu.

Mavcom memberitahu, Eaglexpress telah mendapat permit penerbangan selama setahun mulai 30 Ogos tahun ini dan
perlu memenuhi spesifikasi tempoh yang ditetapkan tetapi gagal.

Eaglexpress menjadi tumpuan media selepas penerbangan umrah ke Jeddah yang dijadualkan pada 14 Disember lalu ditangguhkan.

Sebelum itu, Eaglexpress didakwa mengalami masalah kewangan selepas kakitangannya mendakwa tidak mendapat gaji sejak tiga bulan lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast