Home Dunia Toyota pula diancam cukai tinggi oleh Trump

Toyota pula diancam cukai tinggi oleh Trump

Donald Trump mengancam untuk mengenakan cukai sempadan yang besar kepada Toyota jika gergasi aitomotif itu meneruskan pembinaan kilang di Mexico untuk pasaran Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Presiden Toyota, Akio Toyoda berkata, syarikat itu tidak mempunyai rancangan segera membatalkan pengeluaran di Mexico.

Sebaliknya, Toyota dalam kenyataannya berkata, pengeluaran dan jumlah kakitangan Toyota di Amerika Syarikat tidak akan terjejas dengan pembinaan kilang baru di Mexico.

Toyota ada 10 buah kilang di Amerika Syarikat.

Presiden Toyota, Akio Toyoda berkata syarikat itu tidak mempunyai rancangan segera untuk membendung pengeluaran di Mexico.

Sebelum ini, General Motors dan Ford telah menerima ancaman sama untuk mengeluarkan kereta pada kos lebih murah di luar Amerika Syarikat.

Akibatnya, Ford membatalkan rancangannya untuk membina kilang bernilai AS$1.6 bilion di Mexico.

Pada April 2015, Toyota mengumumkan untuk membina kilang Corolla bernilai AS$1 bilion di tengah-tengah Mexico dan pembinaan bermula pada November 2016.

Ia memiliki kemudahan pembuatan di Baja, Mexico yang dibangunkan pada tahun 2002. – MalaysiaGazette