Home Ekonomi Karnival Perodua 20-22 Januari ini

Karnival Perodua 20-22 Januari ini

Karnival Perodua akan diadakan di Aeon Mall, Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Perodua menjemput semua rakyat Malaysia menyertai MYPerodua Nation, karnival pertama dan terbesar dianjurnya di Aeon Mall Shah Alam pada 20 hingga 22 Januari ini.

Orang ramai berpeluang untuk memenangi kereta Perodua Axia dan pelbagai hadiah menarik yang lain dalam berbagai acara yang dijalankan sepanjang karnival itu.

Dalam karnival itu, Perodua turut menawarkan hadiah wang tunai bagi ahli-ahli UFirst Perodua untuk bersaing dalam acara UFirst Warrior Challenge. Mereka yang mahu menyertainya perlu mendaftar di www.ufirst.com.my sebelum 13 Januari ini.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, Perodua turut menjalankan promosi kepada penuntut kolej dan universiti yang mahu memiliki kereta Perodua atau menyertai Uni-Quest Challenge.

Sempena Tahun Baru Cina, Perodua juga menawarkan promosi Golden Prosperity Deal yang menawarkan wang tunai sehingga RM3,888 bagi model-model Perodua terpilih.

Selain itu, Perodua juga menawarkan baucar servis percuma, juga potongan istimewa sehingga 50 peratus bagi alat gantian dan aksesori. – MalaysiaGazette