Home Dunia Pegawai konsulat AS ditembak di Mexico

Pegawai konsulat AS ditembak di Mexico

MEXICO – Seorang pegawai Konsulat Amerika Syarikat di Guadalajara, Mexico ditembak oleh seorang lelaki bersenjata. Beliau dilaporkan stabil.

Serentak kes itu, Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat menawarkan ganjaran untuk maklumat penembak.

Menurut Jabatan Peguam Negara Maxico dan Kedutaan Amerika Syarikat, konsulat itu ditembak pada petang Jumaat di Jalisco, bandar yang sering dikaitkan dengan kejadian keganasan.

Pegawai yang tidak dikenali itu telah ditembak di dada, kata sumber.

Kedutaan Amerika Syarikat berkata, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan penguatkuasaan undang-undang Mexico untuk siasatan lanjut.

FBI menawarkan hadiah sebanyak AS$20,000 untuk maklumat yang membantu mengenal pasti penembak.

Rakaman video oleh konsulat menunjukkan penembak seperti menunggu kereta rasmi masuk untuk masuk ke halangan tempat letak kereta sebelum melepaskan tembakan ke arah pemandu dan melarikan diri.

Jalisco adalah salah satu enjin ekonomi Mexico, tetapi sempadan selatan negeri itu sering menjadi pertempuran antara saingan kartel dadah. – MalaysiaGazette