Ubat Ternolol 50 yang ditarik balik penggunaannya oleh KKM pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR – SAHAM Syarikat farmaseutikal Hovid Berhad digantung hari ini.

Penggantungan itu dibuat pada pukul 11.23 pagi, menurut Hovid dalam satu makluman di laman web Bursa Malaysia.

Ketika digantung, saham Hovid didagangkan pada harga 34.5 sen.

Jumaat lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan ubat tablet Ternolol 50mg yang dikeluarkan dalam kumpulan bernombor BG04645 ditarik balik dalam pasaran.

Kumpulan nombor itu dikeluarkan pada bulan April 2016 bagi pasaran Malaysia. – MalaysiaGazette