Home Dunia Kakitangan rel mogok berjuta pengguna London terjejas

Kakitangan rel mogok berjuta pengguna London terjejas

Orang ramai berasak-asak di stesen Waterloo. Foto BBC

LONDON – Berjuta-juta penumpang keretapi bawah tanah terjejas selepas kakitangan London Underground melancarkan mogok, melumpuhkan sebahagian besar rangkaian pengangkutan itu di bandar tersebut.

Gangguan perkhidmatan itu memaksa para pengguna berjalan kaki dan menaiki bas yang penuh sesak.

“Ia benar-benar keterlaluan. Saya tidak faham apa yang cuba dilakukan, selain menyukarkan England,” kata seorang pengguna.

Seorang penumpang lain pula berkata: “Jika orang-orang yang bekerja dalam sistem kemudahan pengangkutan ini mempunyai masalah, tidak bertindak ke atas penumpang, cari jalan penyelesaian”.

Kesatuan Pekerja Rel, Maritim dan Pengangkuran (RMT) berkata, mogok itu dilancarkan disebabkan pengurangan pekerja dan penutup pejabat tiket.

Setiausaha Agungnya, Mike Cash berkata, London Undergrond akan mengurangkan 800 pekerja di bahagian hadapan, memperkenalkan kaedah operasi baru dan sejak itu berlaku masalah demi masalah kepada ahli-ahli kami.

“Mereka mahu mengurangkan kos dengan menyingkirkan 800 kakitangan dan ini menjadi kebimbangan ahli-ahli kami. Kami tidak mahu ia berlaku,” katanya.

Sementara itu, perkhidmatan pengangkutan untuk London berkata, perkhidmatan pada hari Isnin telah dikurangkan.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan pula mengesa kesatuan untuk terus berunding sambil menyatakan pertikaian ini bermula semasa pentadbiran Boris Johnson,

“Saya berterima kasih kepada kakitangan pengangkutan London yang bekerja keras untuk memastikan operasi bas berjalan lancar dan membuka 20 peratus stesen bagi rangkaian Tube, walaupun melancarkan mogok.

“Kami komited untuk menyelesaikan masalah. Rundingan yang baik akan memastikan keselamatan stesen dan semua peringkat kakitangan rangkaian Tube. Saya mahu kesatuan terus berunding.

“Warga London perlukan penyelesaian terhadap permasalahan ini tanpa tindakan industri selanjutnya,” katanya melalu Facebook.

Mogok itu turut menutup rangkaian terminal empat subway dan lima ke Lapangan Terbang Heathrow dan hubungan di stesen-stesen utama London.

Sistem subway London digunakan lebih daripada empat juta penumpang semasa hari-hari biasa. – MalaysiaGazette