KUALA LUMPUR – Karnival Kewangan yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia dibuka untuk dikunjungi orang ramai mulai hari ini sehingga Ahad.

Penganjuran karnival yang pertama kali seumpamanya diadakan di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Masuk adalah percuma.

Lebih 100 penyedia perkhidmatan kewangan, kementerian dan agensi kerajaan menyertai karnival ini bagi memberi khidmat simpanan, pembiayaan, penghantaran wang, perlindungan insurans/takaful, pelaburan dan sebagainya.

Karnival Kewangan itu diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan setempat.

Ia juga bertujuan meningkagkan kesedaran dan kemahiran orang ramai mengurus dan mendapatkan perlindungan serta mendapatkan perlindunhan sekiranya mempunyai masalah atau pertikaian dengan penyedia perkhidmatan kewangan.

Pelbagai acara diadakan sepanjang karnival antaranya pertandingan pidato, sesi bicara ilmu, kuiz dan sebagainya.- MalaysiaGazette