Kamiyah Mobley semasa dilahirkan dan Gloria Williams (kiri) yang didakwa mencuik Mobley. Foto BBC

CAROLINA – Bayi perempuan yang diculik selepas lapan jam dilahirkan di sebuah hospital di Jacksonville, Florida 18 tahun lalu ditemui hidup dan tinggal di Carolina Selatan.

Kamiyah Mobley diculik pada bulan Julai 1998, ditemui hasil maklumat.

Pihak polis di Waterboro, Carolina Selatan mengenakan tuduhan terhadap Gloria Williams, 51, kerana menculik.

Mobley didapati telah menggunakan nama lain. Williams disyaki adalah ibu angkatnya.

Keluarga kandung Mobley telah dimaklumkan dengan penemuan anak mereka dan ujian DNA telah mengesahkan identiti remaja itu.

“Mobley dalam keadaan sihat dan menjadi seorang gadis yang berusia 18 tahun,” katanya.

Polis telah bertindak ke atas 2,500 maklumat sejak kes penculikan itu dan menerima satu lagi pada tahun lalu sehingga Mobley dapat dijejaki.

Bayi itu berumur lapan jam apabila ia diculik oleh seorang wanita yang menyamar sebagai seorang pekerja penjagaan kesihatan di Pusat Perubatan University, kini dikenali sebagai UF Health Jacksonville.

Sebelum diculik, wanita itu memberitahu ibu Mobley, yang dikenali sebagai Shanara bahawa bayinya demam dan perlu diperiksa. Selepas mengambil bayi itu, dia terus keluar dari bilik itu dan hilang.

Kes itu menjadi perhatian media kerana Shanara berusaha untuk mencari anaknya.

Walaupun keluarga kandung telah dimaklumkan tentang penemuan itu dan mereka begitu gembita tetapi Pejabat Jacksonville Sherriff berkata, ia terpulang kepada mangsa untuk meneruskan hubungan kekeluarga itu kerana mangsa telah dewasa,.

“Dia telah diculik ketika bari dilahirkan dan sudah memerlukan masa untuk … Kami mahu menghormati privasi beliau,” kata polis. – MalaysiaGazette