Home Dunia CIA minta Trump jaga mulut

CIA minta Trump jaga mulut

WASHINGTON – Pengarah CIA, John Brennan memberi amaran kepada Donald Trump mengelak daripada membuat kenyataan secara spontan sebaik sahaja beliau menjadi presiden.

Beliau berkata, kenyataan secara spontan tidak sesuai demi kepentingan keselamatan negara.

Tegasnya, ‘bercakap dan tweet’ bukan pilihan untuk Trump yang bakal memasuki White House Jumaat ini.

“Bercakap secara spontan bukan sesuatu yang melindungi kepentingan keselamatan negara dan sehubungan itu apabila beliau bercakap atau bertindak, pastikan dia memahami implikasi dan kesan kepada Amerika Syarikat.

“Ia bukan semata-mata mengenai Trump. Ia adalah melibatkan Amerika Syarikat,” katanya dalam temubual bersama Fox News.

Trump kerap membuat kenyataan mengenai isu-isu kepentingan negaranya melalui Twitter.

Brennan juga mengingatkan Trump supaya berhati-hati sepenuhnya dengan niat dan keupayaan Rusia.

“Saya rasa Trump perlu memahami pelbagai tindakan bebas Rusia yang diambil sejak beberapa tahun, pada saya Trump perlu sangat, sangat berhati-hati,” katanya, seminggu selepas pasukan perisikan Amerika Syarikat mendedahkan pembabitan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam pilihan raya negara itu.

Brennan juga mempersoalkan tindak Trump menuduh pasukan perisik membocorkan maklumat, yang mana mendakwa pegawai-pegawai keselamatan Rusia telah berkompromi dengannya sehingga mendedahkan beliau kepada ugutan.

“Apa yang saya dapati ia adalah keterlaluan menyamakan komuniti perisikan dengan Nazi Jerman,” katanya, merujuk kepada tweet Trump pada Rabu lalu sambil menegaskan bahawa tidak ada asas untuk Trump menuding jari kepada komuniti perisikan yang didakwa membocorkan maklumat sedangkan ia boleh didapati secara umum.

Sementata itu, Kremlin dan pasukan Trump menafikan laporan dalam Sunday Times yang kedua-dua pihak merancang untuk mengadakan persidangan antara Trump dan Putin di Icelandic di Reykjavik.

Reykjavik adalah lokasi persidangan bagi persidangan pada tahun 986 – menjelang berakhir Perang Dingin antara Ronald Reagan dan Mikhail Gorbachev. – MalaysiaGazette