Home Nasional Tiga rakyat Malaysia terbunuh di Syria

Tiga rakyat Malaysia terbunuh di Syria

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Mujahiddin Malaysia, Zainuri Kamarudin, 50, yang menyertai kumpulan militan Daesh di Syria, disahkan terbunuh dalam pertempuran pada Jumaat lalu.

Dua lagi rakyat Malaysia, Ahmad Asyraf Arbee Ahmad Jamal Arbee, 31 dan Sazrizal Mohd Sofian Thayalan, 27, turut terkorban.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang mengesahkan perkara tersebut.

“Perisikan terkini yang diterima pada 13 Januari 2017, tiga warga Malaysia yang menyertai kumpulan militan itu maut dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria,” katanya.

Zainuri pemimpin Katibah Nusantara pernah mengisytiharkan perang dengan Kerajaan Malaysia pada tahun lalu dan merekrut rakyat tempatan menyertai Daesh melalui Facebook.

Dalam rakaman video pada bulan Mei tahun lalu, Zainuri menerusi rakaman menunjukkan dia membakar pasport Malaysia. – MalaysiaGazette