Home Dunia Lelaki seberang sungai dibaham buaya

Lelaki seberang sungai dibaham buaya

Gambar hiasan

DARWIN – Seorang lelaki dibaham buaya di lintasan sungai di Wilayah Utara Australia.

Lelaki itu yang berumur 47 itu dipercayai dibaham reptilia berukuran 3.3 meter itu ketika menyeberangi Crossing Cahill berhampiran Taman Negara Kakadu.

Kehilangan lelaki itu disedari oleh dua wanita yang berjaya menyeberangi sungai berkenaan.

Mayat mangsa ditemui kira-kira 2 kilometer (1.2 batu) pada malam Khamis, kata polis.

Buaya itu telah ditembak dan dibunuh.

Sungai itu dikatakan memang menjadi lokasi hidupan tersebut, kata Supritendan Polis Wilayah Utara, Bob Harrison. – MalaysiaGazette